Wednesday, 4 December 2013

Apa kandungan Doublestemcell



PhytoCellTec™ MalusDomestica(Sel Stem Epal)
Uttwiller Spatlauber adalah nama sejenis epal dari Switzerland  yang ditanam sejak kurun 18, ia sepsis yang berkeupayaan untuk menyembuhkan  diri sendiri dan bertahan lebih lama jika banding dengan jenis-jenis yang lain.  Pokok epal ini hamper pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu  pasukan saintis dari Mibelle Biochemistry telah membuktikan bahawa tahap  kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec dapat memberi  inspirasi kepada sel stem manusia. Epal ini berbeza dari yang di pasaran, ia  mengandungi antioksidan yang tinggi, jika ia gugur dari pokok, sehingga 4 ke 6  bulan ia tidak akan kecut dan busuk. Pokoknya tercedera akan pulih dengan  cepat. Antara celebrity yang telah menggunakan sel stem epal adalah seperti  Michelle Obama, Jennifer Lopez dan Helen Mirren.

PhytoCellTec™ Solar Vitis (Sel Stem Anggur)
Sel stem ini hasil daripada Anggur Gamay Teinturier Freaux,  sejenis anggur dari Daerah Burgundy,Perancis. Ia mengandungi kandungan  antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk  perlindungan UV. Sel stem ini merangsangkan pembaruan yang berterusan dan  memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dab  tegang. Aktiviti sel stem kulit adalah factor utama dalam memastikan tenaga dan  kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis menlindungi dan mengekalkan  aktiviti sel stem spidermis,walaupun dalam keadaan tertekan yang disebabkan  oleh UV.

Berri Acai dianggap sebagai  “beri kecantikan”dari Amazon. Acai ini padat dengan sebatian yang dapat membuat  badan berasa dan kelihatan dengan  menakjubkan dari luar dan dalam badan. Ia  padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan  berbanding dengan buah beri. Ia mempunyai 5 kali ganda tinggi antioksidan dibandingkan  dengan ginko dan 33 kali dari wain merah. Bahkan ia bukan sekadar  antioksidannya tetapi beri ini juga kaya dengan lemak omega,asid amino,mineral  semulajadi serta vitamin A,B1 dan E.

Buah Berri Biru merupakan penjana antioksidan  yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Berri  Birumempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan dalam anti penuaan, kencing  manis, keletihan mata, menentang kanser serviks/payudara, perlindungan sistem  jantung ,peningkatan selera makan, peningkatan daya ingatan, menambah kesihatan  saluran darah,mengelakan daripada jangkitan saluran air kencing dan juga  pengurangan kolesterol dalam badan.

No comments:

Post a Comment